Make your own free website on Tripod.com
bismi

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH,
1558,Tingkat 3, Bangunan PAS Kedah,
Jalan Kota, 05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: 04-7311853/7329355 Fax: 04-7339768


KOMPLEKS PENDIDIKAN MUASSASAH DARUL ULUM
Batu 14 1/2, Jalan Kuala Nerang,
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: 04-7825754.



{Lain-Lain Gambar/Other Picture}



MUQADDIMAH

Dengan kehendak Allah SWT, Bangunan Fasa Pertama Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum telah berjaya disiapkan hasil dermawan dan sumbangan daripada para pecinta Islam diseluruh tanah air dan luar negara .

Dengan siapnya Fasa Pertama yang menelan belanja RM 1.16 juta ini bererti Bangunan Pentadbiran tiga tingkat telah berjaya disiapkan, bangunan ini dilengkapi dengan ruang pejabat bilik pensyarah(12 unit), bilik mesyuarat, bilik kuliah(11 unit), perpustakaan, tandas(8 unit), bilik pengetua dan penolong.




AHLI MAJLIS MUASSASAH DARUL ULUM
    
01. YB Dato' Haji Fadzil Mohd Noor	- Pengerusi
02. Dato' Haji Mohd Muslim Haji Osman	- Timbalan Pengerusi
03. Haji Suhaimi Haji Ahmad		- Setiausaha
04. Haji Mahmud Haji Ahmad		- Bendahari
05. Haji Mustafa Long			- Jawatankuasa
06. Haji Abd Rahim Abd Rahman 		- Jawatankuasa
07. YB Haji Azizan Abd Razak		- Jawatankuasa
08. Haji Abd Halim Arshad		- Jawatankuasa
09. Haji Azahari Abd Razak		- Jawatankuasa
10. Haji Mahfuz Haji Omar		- Jawatankuasa
11. Hajjah Saadiah Haji Hussain		- Jawatankuasa
12. Haji Mohd Taulan Rasul		- Jawatankuasa
13. Haji Abd Aziz Hassan		- Jawatankuasa
14. Haji Phahrolrazi Haji Zawawi	- Jawatankuasa
15. Haji Mohd Najib Fahmi Haji Yahya	- Jawatankuasa
16. Haji Shauqi Haji Ibrahim		- Jawatankuasa
17. Haji Abu Kasim Abdullah		- Jawatankuasa
18. Sdr Mohamad Yusof Hussin		- Jawatankuasa
19. Hajjah Wan Tom Mohd Noor		- Jawatankuasa



TUJUAN PENUBUHAN MUASSASAH DARUL ULUM

OBJEKTIF

1. Melahirkan para ulama yang mampu mendokong dan melaksankan Islam sebagai cara hidup, serta mampu menangkis pakatan jahat musuh Islam dari dalam dan luar negara.

2. Menyedia dan melahirkan pemimpin Islam yang mampu menangani isu agama dan isu semasa.

3. Menyediakan kemudahan belajar di peringkat tinggi bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

4. Menyediakan kemudahan bagi tujuan imbangan pendidikan di sekolah-sekolah agama/bukan agama di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara.




SISTEM PENDIDIKAN MUASSASAH DARUL ULUM

MEMPUNYAI TIGA PERINGKAT

1. Peringkat Rendah masa pengajian selama 5 tahun, dinamakan
SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL ULUM

2. Peringkat Menengah masa pengajian selama 7 tahun, dinamakan
SEKOLAH MENENGAH DARUL ULUM

3. Peringkat tinggi masa pengajian selama 3 tahun, dinamakan
KOLEJ ISLAM DARUL ULUM




MUASSASAH DARUL ULUM MULA DIBUKA

PERUTUSAN

Assalamu'alaiku wrt. wbt.

Tuan/Puan yang dirahmati Allah.

Hasrat untuk mendirikan Pusat Pendidikan ini telah wujud lebih 12 tahun yang lalu setelah PAS Kedah berjaya membeli sebidang tanah seluas 35 ekar pada tahun 1984 dengan harga RM 600,000.00 di Batu 14 1/2, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena, Kedah.

Setelah melalui berbagai peristiwa pahit maung yang sukar dilupakan, pada hari ini sebuah bangunan Kompleks Pendidikan bernilai RM 1.16 juta sudah siap dibangunkan. Sekarang Fasa Kedua yang menelan belanja sekitar RM 600,000.00 pula akan dibangunkan.

Untuk melihat kejayaan institusi pendidikan ini, saya merayu kepada dermawan agar tidak keberatan menghulurkan bantuan berupa kewangan atau kebendaan dalam meneruskan Fasa kedua ini.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama berganding bahu menjayakan projek ini. Jazakallahukhairan Kathira.

Sekian, Wassalam.

Dato' Haji Fadzil Mohd Noor




MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS

Kini Fasa Kedua Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum pula akan dibangunkan. Projek yang dijangka akan memakan belanja RM 600,000.00 ini sekali lagi memerlukan sumbangan kewangan dan kebendaan dari anda untuk menyiapkannya.

Fasa Kedua ini akan terdiri dari bangunan tiga tingkat mengandungi 15 bilik kuliah. Sesungguhnya jariah yang akan anda lakukan dengan ikhlas akan diberi pahala yang berpanjangan. Insyaallah.

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:

'DAN APA-APA YANG KAMU BERIKAN UNTUK DIRI KAMU DARIPADA KEBAJIKAN AKAN DIDAPATI DISISI ALLAH SESUNGGUHNYA ALLAH MELIHAT DENGAN APA YANG KAU KERJAKAN'
Al-Baqarah: Ayat 110.
SABDA NABI SAW:

APABILA MATI SESEORANG ANAK ADAM MAKA TERPUTUSLAH AMALANNYA KECUALI TIGA PERKARA:
1. SEDEKAH JARIAH
2. ILMU YANG MAMFAAT
3. ANAK SOLEH YANG BERDOA UNTUKNYA

Kepada anda yang ingin menderma wang atau apa-apa saja kepada Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, sila Hubungi Sdr Robat bin Hanafi (Tel: 04-7311853) atau Sumbangan anda di Poskan Kepada Pejabat bahagian pembangunan dan penerimaan kewangan iaitu:
Kepada:
	BENDAHARI MUASSASAH DARUL ULUM,	
	1558, Tingkat 3, Bangunan PAS Kedah,
	Jalan Kota,
	05000 Alor Setar,
	Kedah.
        (uP Sdr Robat bin Hanafi)


SUMBANGAN ANDA DIALU-ALUKAN DEMI MEMARTABAT PENDIDIKAN ISLAM


Derma yang berbentuk Cek/Wang Pos Hendaklah Dibuat Diatas NamaMUASSASAH DARUL ULUM. Terima Kasih, Kami berdoa kepada Allah semoga anda dimurahkan rezeki. Wassalam.

Email: Muassasah muassasah14@hotmail.com untuk seberang pertanyaan.


Buku Tamu Muassasah

Guestbook by GuestWorld

Lihat Buku Tamu